Monday, January 11, 2010

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Minggu Orientasi)


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan untuk semua sekolah di Malaysia. Pada tahun ini, terdapat sebanyak 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.


Saya berasa bersyukur kerana minggu orientasi telah berlangsung dengan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Murid-murid prasekolah kelihatan sangat gembira dan tidak sabar-sabar untuk menimba ilmu.

Untuk pengetahuan semua, prasekolah saya terletak di kawasan pedalaman ketiga (boleh dikatakan di dalam hutan ;).  Majoriti masyarakat di sini berbangsa Kenyah Badeng. Kebanyakan ibu bapa murid bekerja sebagai petani.

Walaupun jauh terpencil dalam hutan, murid-murid prasekolah di sini kebanyakannya sudah mempunyai sikap berdikari dan dapat datang ke kelas tanpa ditemani oleh ibu bapa mereka. Hanya 2-3 orang murid sahaja yang masih meragam.




Hmmm... nakal ke cikgu?? Memang nakal juga murid-murid pra tahun ni. Semua mempunyai karenah masing-masing. Murid-murid sangat bersemangat melibatkan diri dalam segala aktiviti yang diadakan pada minggu ini. Semoga minat mereka akan berterusan sepanjang tahun ini ;)

No comments:

Post a Comment