Wednesday, June 30, 2010

LEMBARAN KERJA LITERASI (KVK, KVKV, KVKVK)

Lembaran Kerja Literasi untuk perkongsian bersama :)


1) Perkataan KVK
- mengisi tempat kosong dengan huruf vokal yang betul
- mengenal pasti huruf konsonan
- mengeja perkataan KVK 


2) Perkataan KVKV
i) Menulis suku kata KV (akhir)
ii) Menulis suku kata KV (awal)

iii) Menulis perkataaan KVKV

3) Perkataan KVKVK

Sunday, June 27, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

RM300 juta bina kelas prasekolah


MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman mendengar penerangan pengetua, Agnes Langgi (kanan) sewaktu pelancaran Pra Sekolah Rumah Panjang di Kampung Sapak, Pantu di Sri Aman, Sarawak, semalam.




SRI AMAN 26 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun pertamaRancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.

Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak swasta berdaftar 6,412 kelas.
''Sehingga 31 Mei lalu, kadar penyertaan kanak-kanak dalam prasekolah mencapai 70.4 peratus dan ini amat membanggakan. Saya yakin sasaran yang ditetapkan pasti tercapai dengan komitmen semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Prasekolah Rumah Panjang Sarawak dan Perasmian Prasekolah Kampung Sapak, Pantu dekat sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Seri Jumaini Tuanku Bujang; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan.

Sementara itu, beliau berkata, guru-guru termasuk di pedalaman yang ponteng mengajar semata-mata mahu balik kampung bakal menghadapi tindakan disiplin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang pertama kali mendengar ada guru ponteng daripada bertugas, berjanji untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.

Sunday, June 20, 2010

TEMA MINGGUAN : SAYUR-SAYURAN

Tema prasekolah saya pada minggu ni adalah Sayur-sayuran. Di bawah ini ada beberapa bahan untuk perkongsian bersama :D Have a great week!

Slaid sayur-sayuran (NEW!)

2) Lembaran Kerja BM

3) Lembaran Kerja Matematik
     > Vegetable Match Up
     > Which is more?
     > Count and colour

4) Lembaran Kerja English
     > Vegetable Basket
     > Fill in the blanks

5) Lembaran Kerja Sains

6) Lembaran Kerja Mewarna