Friday, April 16, 2010

Buku Ejaan Saya [Program SPM Pra SKUK 2010]

Prasekolah SK Ulu Kakus tidak ketinggalan untuk menjalankan aktiviti menulis perkataan (ejaan). Kami namakan aktiviti ni Program SPM Pra SKUK [SPM = Saya Pandai Mengeja].

Selama ni, sticker memang selalu diberi tetapi idea menggunakan buku kecil untuk membuat aktiviti ejaan ini betul-betul menaikkan semangat anak-anak Kakus untuk berusaha dengan lebih gigih. 

Thank you Kak G (Pra SKDUA) kerana berkongsi idea ni.

Bila melihat gambar-gambar yang diupload oleh Kak G, saya betul-betul bersemangat untuk mencuba aktiviti ni untuk anak-anak pra. Saya sempat lagi menayangkan gambar-gambar tersebut di dalam kelas untuk tatapan anak-anak pra sebagai satu suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak ku yang mereka pun boleh melakukannya! Balik dari kerja terus membuat buku ejaan untuk anak-anak pra.

Inilah buku ejaan yang telah disediakan. hmm, kalau nak beli pun susah sebab berada jauh di pedalaman.. jadi gunalah sumber yang ada ;)

Saya buat buku ni dalam 3 warna (mengikut meja). Best juga ikut meja. Ini supaya setiap meja akan berusaha gigih agar mereka yang paling banyak mendapat sticker dalam buku mereka. 


Inilah wajah-wajah ceria yang berjaya mendapat sticker pada hari ni!
Sneider, Bentley, Sherina, Tracy, Teresa & Elvina

MAKANAN (UPDATED)

hi semua.. saya baru saja menyiapkan slaid powerpoint untuk minggu ni: MAKANAN & MINUMAN
VERSI BM    ENGLISH VERSION (NEW!!) 


Lembaran Kerja : Menulis nama makanan dan minuman

VERSI BM       ENGLISH VERSION (NEW!!)



Lembaran Kerja : Memadankan gambar dengan perkataan
VERSI BM         ENGLISH VERSION (NEW!!)

Worksheets: Count and write the correct number of food


DOWNLOAD NOW

Monday, April 12, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA WARIS PRASEKOLAH SK ULU KAKUS 2010

Tarikh : 7 April 2010
Tempat : Prasekolah SK Ulu Kakus
Masa : 10.30 pagi

Agenda:
1. Ucapan alu-aluan oleh Guru Prasekolah SK Ulu Kakus, Cik Adeline Simon
2. Tayangan MaCS Prasekolah SK Ulu Kakus 2010
3. Semakan Rekod Perkembangan Murid Prasekolah (Bulan Mac 2010)
4. Perbincangan Hari Keluarga Prasekolah SK Ulu Kakus 2010
  • Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
  • Tempat : Prasekolah SK Ulu Kakus
  • Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan : 
    • SUKANEKA
      • Acara murid prasekolah (rebut gula batu, tiup belon, pertandingan memasang baju, berjalan sambil membawa pundi kacang)
      • Acara ibu bapa (pertandingan makan nasi pulut)
      • Acara ibu dan anak (pertandingan menghias ibu bapa)
    • PERSEMBAHAN MURID
      • Tarian
      • Nyanyian
    • SAMBUTAN HARI JADI
      • Meraikan murid prasekolah yang lahir dari Januari hingga Julai
    • ACARA BERTUKAR HADIAH
      • Pertukaran hadiah antara murid dgn murid, ibu/bapa dgn ibu/bapa lain
    • CABUTAN TIKET BERTUAH
      • Cabutan tiket bertuah untuk mengumpul dana untuk aktiviti-aktiviti prasekolah
    • PENYAMPAIAN HADIAH
    5. Hal-hal Lain
    • Memohon kerjasama ibu bapa untuk membimbing anak-anak di rumah.
    • Unjuran murid yang lahir dari tahun 2006 hingga 2010
    • Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Tatau 2010
     murid-murid menonton tv
    melihat hasil kerja anak masing-masing
    sebahagian lagi kaum ibu yang turut hadir