SEJARAH PRASEKOLAH

   Prasekolah SK Ulu Kakus telah dibuka pada 3 Januari 2006 di bawah program perluasan prasekolah tahun 2006. Bangunan prasekolah telah dibina menggunakan kayu belian. 

  Guru Prasekolah SK Ulu Kakus yang pertama adalah Encik Kebing Lajung. Beliau telah mengajar di prasekolah selama setahun sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum SK Ulu Kakus. Tempat beliau telah digantikan oleh Cik Adeline Simon dari tahun 2007 sehingga kini.

   Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah SK Ulu Kakus adalah Puan Neti Ding. Beliau telah berkhidmat sebagai PPM prasekolah sejak pembukaan kelas prasekolah sehingga hari ini.

   Majoriti murid-murid prasekolah berbangsa Kenyah Badeng. Kegiatan ekonomi utama penduduk kampung Ulu Kakus adalah bercucuk tanam @ berladang.