Friday, July 08, 2011

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH SK ULU KAKUS 2011

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah SK Ulu Kakus telah diadakan pada 8 Julai 2011 di Prasekolah SK Ulu Kakus. Walaupun diadakan secara sederhana, sambutan tetap meriah dan telah dihadiri oleh warga sekolah dan ibu bapa murid prasekolah. 


Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah berlangsung semasa Hari Keluarga Prasekolah.


8.00 am - Ketibaan murid prasekolah dan ibu bapa
8.30 am - Sukaneka *(terpaksa dibatalkan)
9.30 am - Ketibaan guru dan AKS SK Ulu Kakus
            - Bacaan doa pembukaan oleh Cikgu Osa
            - Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sibi Lang
            - Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid prasekolah
            - Sambutan hari jadi murid prasekolah (Januari - Julai)
            - Bacaan doa makan oleh Cikgu Jawa 
            - Jamuan
11.00am- Majlis bersurai


*Sukaneka yang dirancang tidak dapat dijalankan. Kebetulan pada hari ini, pegawai kesihatan dari Bintulu telah datang untuk mengambil sampel darah semua murid (termasuk murid prasekolah) kerana terdapat 1 kes malaria yang telah dilaporkan di kampung. 

Senyum semua!
Wajah ceria anak-anakku
Bergambar dengan kek hari jadi
Cikgu Sibi (PK1) bersalaman dengan ibu bapa murid prasekolah
Cikgu Sibi memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua yang hadir
Para guru yang turut menyerikan majlis pada kali ini
Cikgu Sibi (PK1) menyampaikan hadiah kepada adik Welmierra
Cikgu Jimmy (PKHEM) menyampaikan hadiah kepada adik Setevenson
Cikgu Kebing (PKKK) menyampaikan hadiah kepada adik Sopphilea
Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Julai
Kek hari jadi murid prasekolah semuanya telah dibuat sendiri oleh ibu masing-masing
Senyum!
Cikgu Jawa berdoa untuk semua sebelum makan
Mari menjamu selera!
Kaum ibu turut membantu membersihkan kelas selepas sambutan

2 comments:

  1. pasti seronok...hubungan sekolah dengan dengan ibu bapa cukup akrab. tahniah

    ReplyDelete
  2. ya, betul tu. sangat bersyukur kerana mempunyai sokongan dan kerjasama daripada semua terutamanya ibu bapa waris prasekolah.

    ReplyDelete