Tuesday, January 04, 2011

MESYUARAT WARIS PRASEKOLAH SK ULU KAKUS BIL 1/2011

Salam prasekolah dan selamat tahun baru kepada rakan-rakan prasekolah semua..

Mesyuarat Waris Prasekolah SKUK telah diadakan semalam bersama ibu bapa murid-murid prasekolah sesi 2011. Mesyuarat turut dihadiri oleh Guru Besar SK Ulu Kakus, Cikgu Lawai Anak Randok dan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sibi Lang. Berikut adalah ringkasan mesyuarat yang diadakan.

1. Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar
2. Pembentukan Jawatankuasa Waris Prasekolah SKUK Sesi 2011
3. Pengenalan kepada KSPK (oleh GPra)
4. Takwim Prasekolah SKUK Sesi 2011 (oleh GPra)
5. Taklimat panduan serta peraturan am prasekolah (oleh GPra)
6. Penjelasan kutipan sumbangan oleh Puan Neti
7. Kata-kata Nasihat daripada PK Pentadbiran

Sesi perjumpaan telah berjalan dengan lancar. Pihak prasekolah berharap semua ibu bapa dapat memberi komitmen, sokongan dan kerjasama untuk menjayakan segala aktiviti prasekolah yang telah dirancang.

Cikgu Sibi Lang (PK Pentadbiran) dan Cikgu Lawai (GB SKUK)
Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat



No comments:

Post a Comment