Thursday, September 09, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tarikh: 30 Ogos 2010
Tempat : Sekeliling Kampung Data Kakus
Prasekolah SK Ulu Kakus turut tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah "Kembara Merdeka Prasekolah SKUK". 

Tujuan kembara ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid prasekolah untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan serta menunjukkan semangat patriotik dengan berarak ke sekeliling kampung Data Kakus.


Wajah-wajah ceria murid prasekolah yang 'excited'
Gembiranya dapat kibar bendera!
Walaupun abang-abang dan kakak-kakak tidak ikut, kami tetap bersemangat! 

Matahari yang terik tidak menghalang kami untuk meneruskan kembara merdeka =)
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53!
"1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI!"

No comments:

Post a Comment