Prasekolah SK Ulu Kakus tidak ketinggalan untuk menjalankan aktiviti menulis perkataan (ejaan). Kami namakan aktiviti ni Program SPM Pra SKUK [SPM = Saya Pandai Mengeja].
Selama ni, sticker memang selalu diberi tetapi idea menggunakan buku kecil untuk membuat aktiviti ejaan ini betul-betul menaikkan semangat anak-anak Kakus untuk berusaha dengan lebih gigih. 
Thank you Kak G (Pra SKDUA) kerana berkongsi idea ni.
Bila melihat gambar-gambar yang diupload oleh Kak G, saya betul-betul bersemangat untuk mencuba aktiviti ni untuk anak-anak pra. Saya sempat lagi menayangkan gambar-gambar tersebut di dalam kelas untuk tatapan anak-anak pra sebagai satu suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak ku yang mereka pun boleh melakukannya! Balik dari kerja terus membuat buku ejaan untuk anak-anak pra.
Inilah buku ejaan yang telah disediakan. hmm, kalau nak beli pun susah sebab berada jauh di pedalaman.. jadi gunalah sumber yang ada ;) 
Saya buat buku ni dalam 3 warna (mengikut meja). Best juga ikut meja. Ini supaya setiap meja akan berusaha gigih agar mereka yang paling banyak mendapat sticker dalam buku mereka. 
Inilah wajah-wajah ceria yang berjaya mendapat sticker pada 
hari ni! 
No comments:
Post a Comment