Sunday, September 30, 2012

sorry...

Salam 1 Malaysia..

sorry sebab dah lama adeline tak buat post terbaru.. sangat sibuk dengan kerja prasekolah, kursus dan yang sedihnya ada masalah talian internet di sekolah...adeline ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa setia melayari blog Prasekolah SK Ulu Kakus... kalau ada masa nanti, adeline akan berkongsi bahan terbaru.. till then, take care and have a great week ahead!

Saturday, June 30, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SK ULU KAKUS SESI 2013

Permohonan kemasukan ke Prasekolah SK Ulu Kakus Sesi 2013 masih dibuka. Borang permohonan boleh didapati daripada Prasekolah SK Ulu Kakus atau dimuat turun di blog ini. 
Harap dapat sebarkan maklumat ini kepada ibu bapa (terutamanya penduduk Kampung Data Kakus) yang sememangnya akan menyekolahkan anak-anak mereka di SK Ulu Kakus. 

Jangan hanya 'memunculkan' anak anda di Tahun 1. Kasihanilah mereka.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya atau Puan Neti Ding.