Friday, July 15, 2011

GROUP PRESENTATION (PRESCHOOL ENGLISH COURSE)

My dear friends,
I have uploaded all your group presentations. Please click the links below to download the presentations.
Group 8 - Vegetables
Thank you to all groups that have contributed!

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME BAHASA INGGERIS GURU PRASEKOLAH JABATAN PELAJARAN SARAWAK

Date : 13th - 15th July 2011
Venue : Dynasty Hotel, Miri
Organised by : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
We are one BIG FAMILY! :)


Click the video above to start playing

Tuesday, July 12, 2011

LEMBARAN KERJA LITERASI

Hi kengkawan,
Jemput muat turun lembaran kerja literasi untuk kegunaan kelas. Lama dah tak berkongsi bahan :)

VIDEO HARI KELUARGA PRASEKOLAH SKUK 2011 & VIDEO LARIAN 1M1S1M

Semoga terhibur dengan video Hari Keluarga Prasekolah SKUK 2011. 

Video Larian 1M1S1M SK Ulu Kakus 2011

Friday, July 08, 2011

SAMBUTAN HARI KELUARGA PRASEKOLAH SK ULU KAKUS 2011

Sambutan Hari Keluarga Prasekolah SK Ulu Kakus telah diadakan pada 8 Julai 2011 di Prasekolah SK Ulu Kakus. Walaupun diadakan secara sederhana, sambutan tetap meriah dan telah dihadiri oleh warga sekolah dan ibu bapa murid prasekolah. 


Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah berlangsung semasa Hari Keluarga Prasekolah.


8.00 am - Ketibaan murid prasekolah dan ibu bapa
8.30 am - Sukaneka *(terpaksa dibatalkan)
9.30 am - Ketibaan guru dan AKS SK Ulu Kakus
            - Bacaan doa pembukaan oleh Cikgu Osa
            - Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sibi Lang
            - Penyampaian hadiah galakan kepada murid-murid prasekolah
            - Sambutan hari jadi murid prasekolah (Januari - Julai)
            - Bacaan doa makan oleh Cikgu Jawa 
            - Jamuan
11.00am- Majlis bersurai


*Sukaneka yang dirancang tidak dapat dijalankan. Kebetulan pada hari ini, pegawai kesihatan dari Bintulu telah datang untuk mengambil sampel darah semua murid (termasuk murid prasekolah) kerana terdapat 1 kes malaria yang telah dilaporkan di kampung. 

Senyum semua!
Wajah ceria anak-anakku
Bergambar dengan kek hari jadi
Cikgu Sibi (PK1) bersalaman dengan ibu bapa murid prasekolah
Cikgu Sibi memberi ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua yang hadir
Para guru yang turut menyerikan majlis pada kali ini
Cikgu Sibi (PK1) menyampaikan hadiah kepada adik Welmierra
Cikgu Jimmy (PKHEM) menyampaikan hadiah kepada adik Setevenson
Cikgu Kebing (PKKK) menyampaikan hadiah kepada adik Sopphilea
Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Julai
Kek hari jadi murid prasekolah semuanya telah dibuat sendiri oleh ibu masing-masing
Senyum!
Cikgu Jawa berdoa untuk semua sebelum makan
Mari menjamu selera!
Kaum ibu turut membantu membersihkan kelas selepas sambutan

Sunday, July 03, 2011

Larian Serentak 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia

Warga SK Ulu Kakus telah mengambil bahagian dalam Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu). Larian ini telah disertai oleh semua warga guru, kakitangan sokongan, murid-murid sekolah (termasuk prasekolah) dan ibu bapa.

Murid-murid prasekolah yang tersayang :)
Tak sabar nak berlari

Sibuk memasang nombor peserta
Bekas murid prasekolahku.. jangan hairan ada yang pakai selipar jepun... 
Senaman memanaskan badan
Taklimat daripada PKHEM - Cikgu Jimmy Allen
Peace!
Larian dimulakan
Murid-murid prasekolah tak ketinggalan berlari :)
Jom berlari sama-sama. 
Berusaha! berusaha! sekejap lagi sampai sekolah :)


Senyum.. jangan tak senyum :)
Gambar berkumpulan bersama warga SKUK

Saturday, July 02, 2011

MESYUARAT WARIS PRASEKOLAH SK ULU KAKUS BIL. 2/2011

Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat)
Tempat : Prasekolah SK Ulu Kakus
Masa : 10.30 pagi

AGENDA:
  1. Ucapan alu-aluan Guru Prasekolah, Cik Adeline Simon
  2. Perbincangan tentang Sambutan Hari Keluarga Prasekolah SKUK 2011
    • Tarikh : 8 Julai 2011
    • Masa : 8.00 pagi
    • Cadangan aktiviti:
      • Sukaneka ibu bapa prasekolah
      • Sambutan hari jadi murid-murid prasekolah (Jan - Julai)
      • Penyampaian hadiah kepada murid-murid
      • Jamuan (Pot luck)
  3. Hal-hal lain
    • Pembelian Buku Bacalah Sayang 2 - RM 5.50
    • Kehadiran Kelas Tambahan Petangen Mencam
  4. Ibu bapa melihat hasil kerja anak mereka