Thursday, January 20, 2011

TAKWIM PRASKUK 2011

hi kengkawan,
ini contoh takwim prasekolah SKUK untuk tahun 2011 =). Tak pasti betul ke tidak yg saya buat ni tapi sekurang-kurangnya adalah panduan.. hehehe.. Jemput muat turun dari bahagian Pengurusan Prasekolah atau klik terus pada link ini:

Fonts untuk Lembaran Kerja

Hi semua,
Kebanyakan lembaran kerja yang saya hasilkan adalah menggunakan font-font berikut. Mungkin apabila cikgu memuat turun lembaran kerja dalam blog ni, font tersebut tidak terdapat dalam komputer cikgu menyebabkan tulisan menjadi lain.. =p


Klik pada link ini : MUAT TURUN FONT dan install di dalam komputer cikgu.
1. Unzip folder
2. Copy semua font 
3. Pergi ke Control Panel > Fonts
4. Paste semua font tersebut di dalam folder Fonts 


Semoga dapat membantu.

MARI MENULIS NOMBOR

untuk perkongsian bersama =)
MUAT TURUN SEKARANG (klik pada link di bawah)

Saturday, January 15, 2011

THANK YOU...

Hi semua... sorry sebab jarang dapat update blog prasekolah SKUK. Masalahnya, perkhidmatan schoolnet di sekolah dikhabarkan telah dihentikan menyebabkan kami semua tak dapat nak guna internet. sedihnyer.. inilah cabaran berkhidmat di kawasan pedalaman yang sememangnya tiada talian telefon. selama ni saya mengemaskini blog pra menggunakan perkhidmatan schoolnet...  harap-harap masalah internet ini dapat diatasi... :(
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang setia melawati blog prasekolah SKUK. saya akan berusaha untuk terus memberi yang terbaik dan membuat post seperti dulu bila masalah perkhidmatan internet sekolah dapat di atasi.. 


teruskan setia bersama kami :)


adeline



Tuesday, January 04, 2011

MESYUARAT WARIS PRASEKOLAH SK ULU KAKUS BIL 1/2011

Salam prasekolah dan selamat tahun baru kepada rakan-rakan prasekolah semua..

Mesyuarat Waris Prasekolah SKUK telah diadakan semalam bersama ibu bapa murid-murid prasekolah sesi 2011. Mesyuarat turut dihadiri oleh Guru Besar SK Ulu Kakus, Cikgu Lawai Anak Randok dan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Sibi Lang. Berikut adalah ringkasan mesyuarat yang diadakan.

1. Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar
2. Pembentukan Jawatankuasa Waris Prasekolah SKUK Sesi 2011
3. Pengenalan kepada KSPK (oleh GPra)
4. Takwim Prasekolah SKUK Sesi 2011 (oleh GPra)
5. Taklimat panduan serta peraturan am prasekolah (oleh GPra)
6. Penjelasan kutipan sumbangan oleh Puan Neti
7. Kata-kata Nasihat daripada PK Pentadbiran

Sesi perjumpaan telah berjalan dengan lancar. Pihak prasekolah berharap semua ibu bapa dapat memberi komitmen, sokongan dan kerjasama untuk menjayakan segala aktiviti prasekolah yang telah dirancang.

Cikgu Sibi Lang (PK Pentadbiran) dan Cikgu Lawai (GB SKUK)
Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat